Popular Posts

Wednesday 14 December 2011

INI WEEBLY BAHIYAH GHAZALI

KEWAJIPANKU

Sesaatku lena ku teringatkan mu
Sepetangku riadah ku teringatkanmu
Seminitku bersyukur ku teringatkanmu
Selepasku solat ku teringatkanmu
Sedetik senyuman ku teringatkanmu
Sebutir zikir ku teringatkanmu
Sepanjang hari ku teringatkanmu
Sebelum mati ku teringatkanmu
Sesungguhnya aku selalu mengingatimu..
Ya Allah. Ya Tuhanku.

ITU DIA

Suatu hari yang hening damai seribu bahasa
Perjumpaan kita bukan dilaksana
Kau aku bagai satu dalam sejuta
Dari mata turun kehati
Terus aku jatuh hati padamu
Kau nampak seperti polos dengan senyuman
Kenaifanmu menunjukan kau sungguh bermakna
Hidup ini sunyi tanpamu
Inginku dampingimu setiap masa ketika
Kau ilhamku di mana saja
Aku rindu saat pertama kali kita jumpa
Sungguhnya kau tetap di hatiku
Wahai teruna idaman kalbuku.

Monday 21 November 2011

Monday 14 November 2011

Tuesday 1 November 2011

KAMPUNGKU NAN INDAH,SAWAH PADI TERBENTANG LUAS


padi yang telah masak telah di mesin

amboi, jalan tak tengok kat chik ya ea...
kakak aku, a.k.a model bendang
wah, nak naik benda ni, tp tak dapat

proses pindah padi ke dalam lori

hah, camni lah...budak tu,anak buah aku hakim namanya.

haha, ni siti sarah solehah..adik kepada hakim
nakal betol...

missing this....;)

Oh sI aIR huJan

hujan turun di saat aku nak pergi kelas....
:(
Anak pertama dapat masuk universiti
   Bangga lah aku sebab dapat masuk universiti. Universiti Putra Malaysia pula tu.Walaupun second intake. Sebab pada mulanya tak dapat. Sedihnya. Bertukus-lumus aku kerja masa 6 rendah sebab nak dapat duit nak beli buku. Ayah. Tak sampai hati aku nak minta duit dengan ayah. Pagi pergi sekolah malam pula kerja. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang sejahtera kepadaku. 


   Aku anak keenam daripada lapan beradik. Abang dan kakakku sudah habis belajar walaupun ada yang separuh jalan. Tapi tak kisahlah janji diorang pandai hidup. Mak dah tiada. Ayah, ayah ada mami baru. 


   Aku anak pertama dapat belajar ke menara gading. Ayah mana tak gembira bila tengok kejayaan anaknya. Aku pun gembira tengok wajah ayahku. Aku sayang keluargaku. Sekarang aku akan mulakan hidup baru di Universiti pula.
Ibuku tiada lagi di dunia ini
    Saat itu tiada apa yang sempurna lagi dalam hidupku. Aku di tinggalkan dengan perasaan yang kabur sekali. Berita itu mengejutkan aku yang ketika itu masih mentah dan bergantung kepadanya lagi. Makan disuap, minum di tuang. Dugaan yang melanda seperti daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Lemah, rebah, air mata gugur tiada henti. Aku jadi separuh sedar. Jiwaku meronta, batinku menjerit, dadaku sesak. 
MAK, tinggalkan aku sedangkan aku sudah berjanji kepadanya yang aku akan berbakti apabila ku sudah berjaya nanti. Luluh hatiku. Tempat ku belai kasih dan sayang sudah tiada lagi. Tempat ku peluk,ku cium tangan , ku usap rambut sudah tiada lagi. Ibuku pergi tiada suaranya ku dengar lagi. Ku redha dengan perpisahan itu. Sampai syurga ku akan jumpa ibuku lagi.

PERKARA YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN DALAM HIDUPKU

 
Sesat di Bandar Pasir Mas
Peristiwa ini berlaku masa aku umur enam tahun. Masa itu aku dah ada adik tapi tak ikut sekali sebab beliau masih kecil. Nak jadikan cerita pergilah aku dengan mak aku ke Bandar Pasir Mas. Sebab aku tinggal berhampiran Pasir Mas. Aku ni nakal sangat. Suka jalan sorang-sorang. Mak aku pegang tangan aku tapi aku tempis. Belagak macam dah besar.
Banyak lah jugak mak aku beli barang hari tu. Apa yang dia beli aku pun tak tahu. Jalan-jalan ke kedai sana kedai sini tanpa jemu. Aku dah tak tahan sebab mak aku tak beli barang aku nak. Pergilah kita orang seberang jalan kereta api. Sebab kat seberang sana banyak lagi kedai yang belum di kunjungi. Aku apa lagi terus berlari mendapatkan apa yang aku nak.


 Tiba- tiba. Aku pandang kanan pandang kiri tapi wajah mak aku tak kelihatan. Aku jadi takut dan risau. Tertanya-tanya aku samada aku ke mak aku yang sesat sebab orang ramai. Toleh belakang tapi mak tiada. Mak pergi mana ya, dalam hati aku. Aku terus jalan, pura-pura mak cik depan aku tu mak aku. Aku dah nak nangis masa tu. Tak tahu nak buat apa. Aku berada di tengah-tengah kedai.


 Tiba-tiba ada orang menyentuh bahuku. Dan aku berpaling kearahnya. Tangan lima jari melekat di pipiku. Sungguh sakit panahan itu, sampai aku tak terkata-kata. Mak aku yang tampar aku ....aduh. Last2  mak aku pegang tangan aku sampai tak lepas. Baru aku sedar kesalahan aku itu.

Friday 7 October 2011

SAJE NAK IKLAN

Tindakan Lengkap
Safi balkis perfect 10 merupakan satu formula baru untuk menjadikan wajah anda lebih berseri yang di idamkan...ermmm
Dengan formulasi nano biowhite dan q10 akan menjadikan paras wajah anda lebih cerah dan berseri..bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
Antara kebaikan lain menggunakan safi balkis p.10 ni ialah;
1.meninggalkan kesan kotoran degil(memang degil pom)
2.mengetatkan pori(pori 2 ape)
3.meningkatkan penyerapan
4.segarkan kulit
5.uv terhindar(uv tu chy matahari la)
6.meratakan tona kulit(woooow)
7.cerahkan kulit(woooooow)
8.meningkatkan keelastikan kulit(ape kebenda ni)
9.kekal lembap(ada air kat muka)
10.kulit halus n mulus....ni aku suka
hah,percaya tak...saya percaya sebab tu lah saya beli....
hihihi...


safi
selamat dan suci.....;)



penyegar atau toner..harga pasaran 7.20 (rm)


Tuesday 20 September 2011

Dinner with mee cambo

Salam...
  Nak cerita ni, semalam saya bersama kawan saya yu pergi ke donwtown mines...entah apalah yang membuatkan kitorang nak keluar pada malam tersebut, nak kata takade kerja,rasanya kerja melimpah ruah..hehehe,saja je kot nak amik angin, so kite orang keluar la....
  Masa turun kolej 2 nasib baik ada bas,lau tidak menunggu la kte org...
tapi yang tak tahannya masa sampai kat fakulti 2,,haiiishh punya lah lama menunggu bas komuter..2 yang buat kiteorang tension ni...
  Kesabaran kami membuahkan hasil...Akhirnya bas sampai jugak...
wah bertapa seronoknya dapat kuar malam...hanya untuk beli mee cambo pasir mas...
tapi sebelum 2 kiteorang g jalan kat mines dulu...
masuk dalam giant..
masuk dalam butik pakaian...
kedai kasut....tapi x beli pon,,,hihihihi
  Dah kol 10 malam kiteorang kuar la mines...
nk g downtown ni...pusing2 ..ternampak selendang yang sangat comel lalu kite orang pom beli..10 ringgit nok..mahal kan...
pusing2 lagi...akhirnya kami sampai kat kedai  mee cambo...wah seronoknya...
yu satu ya satu...
  Pada malam 2 kami pulang dengan perasaan yang gemuruh sebab dapat tapau mee cambo pasir mas
end of the story kiteorang dapat dinner makan mee cambo...
hihihihih...tp malangya takde gambar mee cambo untuk korang tengok da bis kiterang makan...;)

Awan biru yang pilu





Hari ini cuaca sungguh panas mungkin kemarau akan melanda tempat ini tidak lama lagi. Namun begitu keadaan cuaca yang tidak stabil membuatkan keadaan mak tambah runsing kerana adik masih tidak pulang lagi dari sekolah. Ibu kuatir jika abang Azman lupa untuk mengambil adik di sekolah. Adik baru darjah dua. Tidak tahu apa-apa lagi. Adik seorang yang manja. Selalu menangis walaupun tidak sakit. Selalunya mak akan pergi ke sekolah untuk menemani adik tapi hari ini mak tidak dapat pergi menemani adik kerana terpaksa mengikuti ayah ke kursus untuk mengerjakan Haji di Mekah. Ayah juga turut resah kerana abang Azman tidak mengangkat telefon. Barangkali abang azman di luar Bandar dan tidak dapat di hubungi. Mak telah berpesan banyak kali kepada abang Azman supaya tepat pada pukul 1 ptg mesti terpacak di depan Sekolah Rendah Kebangsaan Mekasar untuk menunggu adik keluar dari kelas. Sudah banyak kali ayah cuba untuk menelefon abang Azman tapi abang tidak menjawabnya. Ayah dan mak semakin risau.
Dengan rasa yang tidak puas hati ayah terus pergi kesekolah tanpa memberitahu ibu. Aku tahu hati ibu pada masa itu sangat tertekan tapi aku hanya mampu melihat ibu. Aku tidak mampu berkata-kata. Tapi dalam hatiku  juga risau manalah tahu adik di culik oleh orang jahat semasa menunggu abang Azman. Tapi kenapa abang Azman tidak mengangkat telefon. Aku jadi marah.
Tiba-tiba telefon rumah berdering mungkin itu panggilan daripada abang Azman. Mak segera berlari mendapatkan telefon rumah tersebut. Aku melihat terus ke wajah mak yang suram dengan risau. Mak terdiam dan tidak berkata apa-apa. Mungkin adik akan tiba di rumah tidak lama lagi. Tapi wajah mak semakin memuncak kerisauan dan tiba-tiba mak menjerit dan menyebut Ya Allah kenapa jadi begini. Aku terkejut dengan perkatan mak sesaat tadi. Aku ingin tahu apa yang sedang berlaku kepada adik dan juga abang Azman. Mak mengalirkan air mata tanpa henti dan menangis teresak-esak. Kenapa dengan mak? Kenapa mak menangis? Perkataan ini bermain dalam fikiran aku.

 Mak!!!!!!!
Aku merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada adik dan abang Azman.
   Bersambung...



Monday 28 March 2011

mypuisi n ...


me
I'm a kite on a gentle breeze at evening
I want to fly away free to air
I want to live there in the sky
I do not want to go home
I was almost to the future
I want to be a valuable human
but I'm still me
who want to tread on the ground.
BAHIYAH GHAZALI