Popular Posts

Tuesday 1 November 2011

Anak pertama dapat masuk universiti
   Bangga lah aku sebab dapat masuk universiti. Universiti Putra Malaysia pula tu.Walaupun second intake. Sebab pada mulanya tak dapat. Sedihnya. Bertukus-lumus aku kerja masa 6 rendah sebab nak dapat duit nak beli buku. Ayah. Tak sampai hati aku nak minta duit dengan ayah. Pagi pergi sekolah malam pula kerja. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang sejahtera kepadaku. 


   Aku anak keenam daripada lapan beradik. Abang dan kakakku sudah habis belajar walaupun ada yang separuh jalan. Tapi tak kisahlah janji diorang pandai hidup. Mak dah tiada. Ayah, ayah ada mami baru. 


   Aku anak pertama dapat belajar ke menara gading. Ayah mana tak gembira bila tengok kejayaan anaknya. Aku pun gembira tengok wajah ayahku. Aku sayang keluargaku. Sekarang aku akan mulakan hidup baru di Universiti pula.

No comments:

Post a Comment