Popular Posts

Monday 21 November 2011

Monday 14 November 2011

Tuesday 1 November 2011

KAMPUNGKU NAN INDAH,SAWAH PADI TERBENTANG LUAS


padi yang telah masak telah di mesin

amboi, jalan tak tengok kat chik ya ea...
kakak aku, a.k.a model bendang
wah, nak naik benda ni, tp tak dapat

proses pindah padi ke dalam lori

hah, camni lah...budak tu,anak buah aku hakim namanya.

haha, ni siti sarah solehah..adik kepada hakim
nakal betol...

missing this....;)

Oh sI aIR huJan

hujan turun di saat aku nak pergi kelas....
:(
Anak pertama dapat masuk universiti
   Bangga lah aku sebab dapat masuk universiti. Universiti Putra Malaysia pula tu.Walaupun second intake. Sebab pada mulanya tak dapat. Sedihnya. Bertukus-lumus aku kerja masa 6 rendah sebab nak dapat duit nak beli buku. Ayah. Tak sampai hati aku nak minta duit dengan ayah. Pagi pergi sekolah malam pula kerja. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang sejahtera kepadaku. 


   Aku anak keenam daripada lapan beradik. Abang dan kakakku sudah habis belajar walaupun ada yang separuh jalan. Tapi tak kisahlah janji diorang pandai hidup. Mak dah tiada. Ayah, ayah ada mami baru. 


   Aku anak pertama dapat belajar ke menara gading. Ayah mana tak gembira bila tengok kejayaan anaknya. Aku pun gembira tengok wajah ayahku. Aku sayang keluargaku. Sekarang aku akan mulakan hidup baru di Universiti pula.
Ibuku tiada lagi di dunia ini
    Saat itu tiada apa yang sempurna lagi dalam hidupku. Aku di tinggalkan dengan perasaan yang kabur sekali. Berita itu mengejutkan aku yang ketika itu masih mentah dan bergantung kepadanya lagi. Makan disuap, minum di tuang. Dugaan yang melanda seperti daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Lemah, rebah, air mata gugur tiada henti. Aku jadi separuh sedar. Jiwaku meronta, batinku menjerit, dadaku sesak. 
MAK, tinggalkan aku sedangkan aku sudah berjanji kepadanya yang aku akan berbakti apabila ku sudah berjaya nanti. Luluh hatiku. Tempat ku belai kasih dan sayang sudah tiada lagi. Tempat ku peluk,ku cium tangan , ku usap rambut sudah tiada lagi. Ibuku pergi tiada suaranya ku dengar lagi. Ku redha dengan perpisahan itu. Sampai syurga ku akan jumpa ibuku lagi.

PERKARA YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN DALAM HIDUPKU

 
Sesat di Bandar Pasir Mas
Peristiwa ini berlaku masa aku umur enam tahun. Masa itu aku dah ada adik tapi tak ikut sekali sebab beliau masih kecil. Nak jadikan cerita pergilah aku dengan mak aku ke Bandar Pasir Mas. Sebab aku tinggal berhampiran Pasir Mas. Aku ni nakal sangat. Suka jalan sorang-sorang. Mak aku pegang tangan aku tapi aku tempis. Belagak macam dah besar.
Banyak lah jugak mak aku beli barang hari tu. Apa yang dia beli aku pun tak tahu. Jalan-jalan ke kedai sana kedai sini tanpa jemu. Aku dah tak tahan sebab mak aku tak beli barang aku nak. Pergilah kita orang seberang jalan kereta api. Sebab kat seberang sana banyak lagi kedai yang belum di kunjungi. Aku apa lagi terus berlari mendapatkan apa yang aku nak.


 Tiba- tiba. Aku pandang kanan pandang kiri tapi wajah mak aku tak kelihatan. Aku jadi takut dan risau. Tertanya-tanya aku samada aku ke mak aku yang sesat sebab orang ramai. Toleh belakang tapi mak tiada. Mak pergi mana ya, dalam hati aku. Aku terus jalan, pura-pura mak cik depan aku tu mak aku. Aku dah nak nangis masa tu. Tak tahu nak buat apa. Aku berada di tengah-tengah kedai.


 Tiba-tiba ada orang menyentuh bahuku. Dan aku berpaling kearahnya. Tangan lima jari melekat di pipiku. Sungguh sakit panahan itu, sampai aku tak terkata-kata. Mak aku yang tampar aku ....aduh. Last2  mak aku pegang tangan aku sampai tak lepas. Baru aku sedar kesalahan aku itu.